Wafer (elektronik)
Wafer (elektronik)

Wafer (elektronik)

Dalam elektronik, wafer (juga dipanggil potongan atau substrat[1]) ialah satu potongan nipis bahan semikonduktor, seperti kristal silikon, yang digunakan dalam pemasangsiapan litar bersepadu dan peranti-peranti mikro lain. Wafer berfungsi sebagai substrat bagi peranti-peranti elektronik mikro yang dibina di dalam dan di atas wafer itu dan melalui pelbagai langkah-langkah proses pemasangsiapan mikro seperti pengedopan atau penanaman ion, punaran, pemendapan pelbagai bahan, dan pencorakan fotolitografi. Akhir sekali, setiap litar mikro diasingkan (pendaduan) dan dibungkus.Sesetengah jenis sel suria juga dibuat daripada wafer-wafer seperti ini. Di atas satu wafer suria, satu sel suria (biasanya berbentuk segi empat tepat) dibuat daripada keseluruhan wafer.

Berkaitan